HALA TUJU MASJID AS SYAKIRIN
Bandar Baru Pasir Pekan
SEJARAH MASJID AS SYAKIRIN
Institusi masjid adalah pengkalan utama kepada pembinaan peradaban dan pembangunan insan disepanjang zaman. Ternyata dalam konteks sejarah, institusi masjid merupakan sebuah institusi yang berkedudukan terpenting dan berperanan besar dalam aspek pendidikan dan pembangunan tamadun hidup umat sejagat. Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w yang telah membina Masjid Quba’ dan dilengkapkan dengan pembinaan Masjid Nabawi, di mana ia telah menjadi batu asas kepada destinasi penting dalam kehidupan umat di sepanjang sejarah umat Islam. Dalam konteks Masjid As Syakirin (MAS) Bandar Baru Pasir Pekan, adalah sebuah masjid yang telah dibina oleh pihak pemaju perumahan secara asas. Pada 3 hb Mei 2009 merupakan tarikh perasmian penggunaan Masjid As Syakirin oleh penghuni taman dan penduduk setempat, dengan inisiatif dan komitmen Masyarakat Setempat, Individu Dermawan, Majlis Daerah Tumpat, NGOs, Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan telah sama-sama membangunkan dan menambahbaikan sama ada dalam bentuk kewangan, nasihat dan pembangunan fizikal masjid.
Melalui usaha-usaha yang murni ini, hasilnya Masjid As Syakirin terbina sebagai institusi masjid yang dikenali sebagai One Stop Centre ( Pusat Aktiviti ), pelbagai aktiviti kemasyarakatan secara berpusat termasuk kepada masyarakat setempat yang bukan beragama Islam dijalankan. Dalam masa yang sama, Masjid As Syakirin juga cuba menerapkan dan mempromosikan sistem masjid cemerlang dengan mengenakan aras kualiti sasaran seperti KPI ( Key Perfomance Index). Sesungguhnya usaha Masjid As Syakirin kini perlu diberi nafas dan suntikan yang berterusan melalui pengurusan yang pro aktif dan tersusun. Hakikatnya, transformasi umat boleh berlaku dengan jayanya melalui wahana institusi masjid terutama dengan sokongan dari semua pihak termasuk sokongan dari golongan sasaran.
VISI
Menjadi antara masjid yang terbaik di daerah Tumpat menjelang tahun 2015
MISI
Melaksanakan program pembangunan keperibadian ummah berdasarkan akidah syariah dan akhlak Islamiah dalam institusi kekeluargaan, masyarakat, masjid dan negara
PIAGAM PELANGGAN
- Kami memastikan solat berjemaah 5 waktu
- Memastikan setiap perayaan Islam dilaksanakan dengan jayanya
- Memastikan suasana masjid ceria dan berwatak serta magnetik
- Mengurus dan menyelesaikan kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh pihak masjid
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan pengurusan dan aktiviti masjid
MOTO
Melestari Satu Keluarga Sakinah, Al-Mawaddah Wa-Rahmah
SLOGAN
Masjid Diimarahkan, Pencapaian Diutamakan
HUBUNGI KAMI
AKAUN MASJID AS SYAKIRIN
No Akaun: 17100-1080812873
Ar Rajhi Bank
No comments:
Post a Comment